Monday, December 13, 2010

PANDUAN TERNAK AYAM KAMPUNG KECIL2AN

Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG

Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
# Telur dan daging untuk makanan keluarga
# Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
# Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
# Boleh dibiakkan sepanjang tahun
# Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
# Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
# Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
# Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

SISTEM PERUMAHAN
# Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
# 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
# kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
# gunakan peralatan makan/minum yang murah.

PEMAKANAN AYAM

Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
# Makanan komersil/dagangan
# Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
# Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
# Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
# Makanan Campuran atau Sisa Makanan
# Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
# Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
# Ikan baja dan lain-lain

PENGURUSAN

Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)
# Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
# Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
# Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu

Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
# Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
# Boleh dilepaskan pada siang hari
# Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
# Sediakan sarang bertelur
# Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

PEMBIAKAN
# Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
# 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
# Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
# Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
# Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
# Warisan
# Pemakanan
# Pengurusan
# Persekitaran
# Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
# Reban sentiasa bersih
# Anak ayam bebas dari penyakit
# Jauh dari ternakan dan haiwan lain
# Pelawat perlu dikawal
# Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
# Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
# Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.

Program Pencegahan penyakit
# Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
# Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
# Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “


Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
# Kurang nafsu makan
# Monyok dan tidak aktif
# Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
# Muka bengkak
# Berak cair atau berdarah
# Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
# Sampar ayam (ND)
# Penyakit Gumboro (IBD)
# Puru
# Salmonellosis
# Pasteurellosis
# Lain-lain

Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

Friday, December 10, 2010

TIPS PENTERNAK YANG BERJAYA

Langkah-langkah di bawah dapat membantu anda untuk menjadi penternak yang berjaya:


  • Pagar seluruh kawasan anda supaya ayam anda tidak menceroboh ke tanah jiran dan untuk mengelakkan ayam anda dicuri dan dibaham oleh haiwan pemangsa
  • Amalkan konsep lepas bebas sepenuhnya atau separa bebas supaya ayam boleh hidup dengan riang gembira tanpa tekanan dan mampu berdikari mencari makanan sendiri.
  • Biarkan seluruh kawasan anda ditumbuhi rumput atau fauna-fauna hijau yang menyegarkan. Jangan racun kerana tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah itu sangat bermanfaat sebagai makanan ayam.
  • Sekali-sekala gembur-gemburlah tanah supaya tanah tidak menjadi keras dan ayam boleh makan cacing yang keluar dari tanah.
  • Rajin-rajinlah pergi mengutip sisa-sisa makanan dari kantin-kantin,restoran-restoran atau kedai-kedai makan sebagai makanan saguhati kepada ayam-ayam anda.
  • Pelbagaikan makanan ayam dari sumber-sumber percuma atau seperti hampas kelapa, jagung ‘reject’, sayur reject, buah-buahan reject,roti / biskut reject , batang pisang, batang rumbia dan sebagainya.
  • Untuk anak ayam yang baru menetas hingga berusia sebulan, boleh gunakan dedak awal (broiler starter) yang kaya dengan protien dan zat tambahan untuk mempercepat tumbesaran. Untuk menjimatkan kos, boleh campurkan dengan temukut dan seumpama dengannya.
  • Anak-anak yang berusia sebulan boleh dilepaskan untuk bagi chance depa cari makan sendiri. Pastikan keselamatan anak ayam terkawal

Thursday, December 9, 2010

TERNAKAN AYAM KAMPUNG

Ayam kampung diternak secara komersil dengan kaedah separa lepas. Kejayaan ternakan bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik. Baka ayam kampung bagi ternakan komersil biasanya dari jenis kacukan baka tempatan dengan baka luar negara seperti australia dan UK, baka2 ini boleh didapati daripada pembekal baka tempatan.
Kaedah eraman telur diguna dalam pembiakbakaan spesies ayam ini bagi kuantiti yang besar. Kaedah ternakan lebih kurang sama dengan ayam pedaging dimana ayam diternak dalam reban terbuka hanya terdapat sedikit pembezaan itu ayam haruslah dilepas dalam tempoh masa tertentu di sekitar kawasan reban
                                            ternakan ayam kampung dalam reban terbuka

Kebiasaanya ayam dapat dipasarkan dalam jangka masa 2 bulan setengah ke 3 bulan dari tempoh ternakan. Harga borong ayam kampung lebih tinggi berbanding ayam pedaging biasa kerana tempoh ternakan yang lebih panjang dan permintaan yang tinggi daripada pasaran tempatan.
                                           reban terbuka bagi ternakan ayam kampung

BERMULA PERTAMA KALI...

Salam Hormat..

setelah tempat tinggal ayam2 siap tersedia
maka...
tibalah hari yang dinanti2kan..
kemunculan ternakan pertama
first round...
5000 ekor anak ayam yang montel2
pada tarikh ini...
15hb. October 2010 (jumaat )berkat hari jumaat
bermula lah projek yang dinanti2...

semoga berjaya...